WANITA MEMASUKI ERA 40-AN; DIANTARA SIMPTOM-SIMPTOM DAN CARA MENGATASINYA

Berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Bagi wanita yang mula memasuki usia 40-an, penuaan merupakan ibarat mimpi ngeri. Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.

Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada. Selain itu, mereka juga risau perihal kecantikan yang akan merosot apabila usia meningkat.

Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat?

Memelihara kesihatan dalaman dan luaran sejak usia muda supaya ia berkekalan merupakan kunci segalanya. Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut.

Kesibukan wanita sebagai pekerja, ibu atau suri rumahtangga membataskan seseorang wanita melakukan aktiviti sihat seperti senaman. Justeru, selain pemeriksaan kesihatan setiap tahun, wanita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan. Misalnya, ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.

Manjakani pula mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot faraj dan membolehkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga mampu mengawal lendir dan lelehan faraj. Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Herba ini juga boleh menganjal payu dara serta menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat membaiki payu dara yang hilang sifat keanjalan. Kacip Fatimah pula dikatakan dapat menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita lepas bersalin.

Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia muda seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak dan melakukan fungsi dengan aktif walaupun pada usia 40-an. Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *