TOMBONG BERISIKO SEBABKAN KEMATIAN JANIN

Mungkin ramai tidak mengetahui masalah ‘tombong’ pada wanita. Tombong bermaksud rahim (uterus) jatuh dan menekan ke dalam kawasan faraj.

Tombong jarang sekali berlaku semasa wanita hamil. Sebaliknya ia biasa berlaku sebelum manita hamil dan uterus akan menjadi kecut dan terangkat secara sendiri selepas tiga bulan hamil. Justeru, sesuatu yang terasa di kawasan dinding faraj oleh wanita hamil selalunya berkaitan dengan pundi kencing jatuh (cystocele) atau rektum jatuh (rectocele) atau dinding faraj jatuh.

Simptom-simptom

  • Merasai suatu tekanan dalam pelvis atau vagina
  • Sering ke tandas untuk mengosongkan pundi kencing
  • Kebocoran air kencing
  • Sakit belakang di kawasan berhampiran serviks
  • Pendarahan faraj
  • Peningkatan keputihan
  • Jangkitan pundi kencing yang berulang
  • Sukar buang air kecil atau air besar
  • Rahim dan serviks yang membonjol ke dalam bukaan faraj

Risiko

Komplikasi akibat daripada tombong semasa hamil berbeza-beza daripada jangkitan kecil serviks hingga kepada pengguguran spontan. Selain itu, anda mungkin akan mengalami tekanan bersalin lebih awal daripada waktunya (kelahiran pra-matang). Wanita yang terjebak dengan masalah tombong mungkin menghadapi risiko tertentu semasa melahirkan yang mana memerlukan bantuan kecemasan untuk bersalin. Risiko paling serius akibat tombong ialah kematian janin dan juga jangkitan saluran kencing yang serius serta kemungkinan mendedahkan wanita kepada perubahan pra-kanser sekiranya tombong berlaku dalam suatu masa yang panjang.

Rawatan

Senaman kegel adalah selamat untuk wanita hamil kerana ia dapat membantu menguatkan otot lantai pelvik. Senaman ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Teknik pembedahan juga sesuai dilakukan iaitu selepas 6 minggu melahirkan. Pembedahan yang disyorkan iaitu dengan cara serviks dipotong/dipendekkan dan ligament uterosacral diketatkan melalui pembedahan liang faraj. Prosedur ini lebih sesuai untuk wanita yang merancang untuk hamil lagi. Sekiranya, tombong  terlalu serius, histerektomi terpaksa dilakukan oleh doktor.

Terkini, rawatan termoden, melalui Rawatan Fotona Laser (Incontilase & Intimalase) yang boleh dilakukan selepas selesai darah nifas. Rawatan laser bukan sahaja merawat tombong, malahan boleh mengembalikan hubungan intim yang sihat bersama suami hanya tiga hari selepas  rawatan. Manakala untuk wanita tidak mengalami masalah tombong, Laser mengetatkan faraj juga boleh dijalani untuk mengetatkan faraj longgar bagi mencapai kebahagiaan rumah tangga.

Sumber: Dr Mohamed Rafi Dato’ Dr Mohammed Feizal – Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Pengarah Perubatan, Hospital Umra Shah Alam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *