KONSPIRASI INDUSTRI GULA TERBONGKAR?

TERKINI, satu kajian yang telah diterbitkan oleh The Journal of the American Medical Association, telah membongkar kegiatan konspirasi industri gula yang telah menyogok 3 ahli sains dari Universiti Harvard untuk menerbitkan hasil kajian yang menunjukkan perkaitan antara LEMAK dan KOLESTEROL dengan risiko penyakit jantung serta “menyembunyikan” pengambilan GULA sebagai salah satu risiko penyakit jantung. Difahamkan, Ahli Sains tersebut telah dibayar sebanyak 50 ribu USD untuk menerbitkan hasil kajian tersebut.Kini, kesemua ahli sains yang terlibat dalam propaganda tersebut telah meninggal dunia dan salah seorang ahli sains tersebut adalah D. Mark Hegsted, merupakan ketua Pemakanan di Bahagian Industri Agriculture yang telah terlibat secara langsung didalam panel penghasilan Garis Panduan Pemakanan Nasional Amerika Syarikat.

Pada tahun 1980, kerajaan pusat Amerika Syarikat telah menerbitkan satu garis panduan pemakanan yang menyarankan masyarakat untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol. Malah, masyarakat juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan GULA, tetapi bukan kerana faktor diet dan risiko penyakit jantung, sebaliknya hanya kerana faktor kerosakan gigi.

Pada ketika itu (1967), mana-mana kajian yang dihasilkan TIDAK perlu mendedahkan sumber pembiayaan kajian seperti mana yang dilakukan sekarang. Ia menyebabkan syarikat gula dan industri makanan telah menguna medium tersebut sebagai platform untuk menyebarkan propaganda mereka. Pada tahun lalu, satu pendedahan juga telah dilakukan oleh New York Times mengenai tindakan syarikat Coca Cola, syarikat terbesar minuman bergula dunia yang telah membiayai berjuta Dollar untuk membiayai kajian-kajian yang telah meminimakan peranan gula dalam risiko obesiti dan penyakit jantung.

Sejak dari itu, perlahan-lahan dari tahun 80 an ke 90 an, produk makanan RENDAH lemak dan kolesterol menguasai pasaran di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Dalam masa yang sama, TIADA tindakan, larangan atau sekatan dilakukan kepada produk yang mengandungi kandungan GULA yang tinggi. Kesannya, dapat dilihat kini apabila semakin ramai masyarakat menghidap penyakit metabolic seperti Kencing Manis dan Obesiti.

Kini konspirasi dan helah industri gula telah terbongkar. Kesedaran masyarakat, pengubal polisi, ahli sains dan pakar kesihatan awam telah memberi tumpuan untuk mengatasi isu tersebut. Garis panduan terkini FDA juga telah mewajibkan penambahan komponan “ Mengandungi GULA Tambahan” didalam maklumat khasiat makanan pada semua produk makanan. Selain itu American Heart Association juga telah mengumumkan garis panduan “makanan yang perlu diambil dengan kuantiti yang TERHAD oleh kanak-kanak” bagi memastikan kanak-kanak tidak diberi produk makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Cukai untuk minuman berkarbonat juga diperkenalkan di Berkeley,Califonia, dan Philadephia untuk meningkatkan harga minuman bergula tinggi bagi mengurangkan keinginan masyarakat untuk membeli produk “beracun” tersebut.

SITUASI DI MALAYSIA

Kini, 15.2 % dewasa atau 2.6 juta rakyat Malaysia merupakan pesakit Kencing Manis. Bilangan pesakit Diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 1-2% pada 1960, 6.3% pada 1985, 8.3% pada 1996 dan 14.9% pada 2006. Sekiranya, masalah ini tidak ditangani segera, dijangka trend ini akan terus meningkat. Malah, peratusan orang dewasa yang obesiti di Malaysia juga merupakan antara yang tertinggi di Asia.

Pada Jun yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha untuk mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis di Malaysia. Cadangan tersebut terkandung dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III dan Policy Option bagi tahun 2016-2025. Namun, malangnya cadangan tersebut mendapat reaksi negative dari netizen, pencinta GULA.

Selain itu, subsidi gula sebanyak 34 sen telah dimansuhkan pada Oktober 2013 bagi sebagai langkah untuk TIDAK menggalakkan pengambilan gula oleh rakyat Malaysia.
Langkah ini telah di sokong oleh Pesatuan Pengguna Pulau Pinang yang sememangnya lantang menyuarakan isu-isu kepengunaan.

Tindakan tersebut mendapat reaksi negatif dikalangan masyarakat. Didalam satu kajian yang dilakukan untuk mengetahui maklumbalas pengguna terhadap pemansuhan subsidi, majoriti responden menyatakan bahawa tindakan pihak kerajaan menurunkan harga gula adalah tidak wajar. Majoriti responden menyatakan bahawa mereka tidak setuju dengan kenaikan harga gula tersebut kerana ianya akan menyebabkan berlaku fenomena yang tidak sihat iaitu akan berlakunya kenaikan harga barangan lain yang berkaitan dengan gula.
Responden lain pula menyebut, “Tidak patut pihak kerajaan buat macam tu. Banyak lagi subsidi yang kerajaan boleh potong. Tapi kenapa subsidi gula juga yang nak dikurangkan. Kesian rakyat terpaksa bayar lebih untuk beli gula. Kerajaan patutnya ambil berat masalah rakyat macam kita ni.” Ternyata, walaupun telah dimaklumkan mengenai BAHAYA GULA, kecintaan dan ketagihan masyarakat kepada ketulan-ketulan putih jernih itu masih begitu mendalam.

TIADA BEZA ANTARA KONSPIRASI MAKANAN DAN SYARIKAT TEMBAKAU

Taktik syarikat gergasi dalam memanipulasikan kesihatan masyarakat bukan lagi isu baru. Seperti mana syarikat tembakau, syarikat Makanan/minuman juga aktif mempromosikan produk mereka kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak dan golongan remaja. Minuman yang tinggi dengan kandungan gula di promosikan sebagai minuman untuk “tenaga” di samping sering menggunakan advokasi yang menunjukkan gaya hidup aktif, bersukan dan bertenaga  didalam iklan-iklan mereka.

Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi juga telah dikaburi dengan tambahan nutrien lain seperti “kandungan fiber yang tinggi, Vitamin, Antioksidant, Makanan Sunnah dan lain-lain.

Ikon berpengaruh seperti Selebriti dan Ahli Sukan digunakan oleh industri makanan untuk mempengaruhi masyarakat. Syarikat-syarikat industri makanan dan minuman berkabonat juga aktif menaja program dan aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan sasaran diantaranya kanak-kanak dan remaja seperti tajaan program sukan, hiburan dan program kesihatan. Ini semua merupakan strategi pemasaran oleh syarikat tersebut untuk meningkatkan pemasaran produk mereka tanpa disedari oleh masyarakat.

Kaedah pemasaran ini merupakan cara yang SAMA di gunakan oleh syarikat tembakau untuk mempengaruhi masyarakat.

Saranan dan Nasihat:
Kini segalanya BUKAN lagi RAHSIA, helah dan taktik syarikat gula dan industri makanan telah dibongkar satu per satu. Masyarakat sewajarnya mula sedar akan ancaman dan risiko yang ada disekeliling kita. Kuasa pembeli dan pengguna cukup besar, kurangkan pengambilan gula, awas helah syarikat produk makanan dan minuman, ketahui kandungan gula di dalam setiap makanan dan minuman. Selain GULA, garam juga merupakan salah satu isu yang sama, selain makanan berlemak, dan berkolesterol yang sememangnya di ketahui mempunyai risiko yang sama untuk penyakit kronik seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Penyakit Jantung.

*Artikel ditulis dan diterjermahkan oleh admin Public Health Malaysia, ia tidak mewakili mana mana agensi dan pertubuhan kerajaan atau swasta.

Public Health Malaysia
Protect. Prevent.Promote

Rujukan :
1.Cristin E. Kearns,Stanton A. Glantz ,Laura A. Schmidt. Sugar Industry Influence on the Scientific Agenda of the National Institute of Dental Research’s 1971 National Caries Program: A Historical Analysis of Internal Documents. PLOS Medicine | DOI:10.1371/journal.pmed.1001798
2.Kearns CE, Schmidt LA, Glantz SA. Sugar Industry and Coronary Heart Disease Research: A Historical Analysis of Internal Industry Documents. JAMA Intern Med.Published online September 12, 2016. doi:10.1001/jamainternmed.2016.5394.
3.PENGURANGAN SUBSIDI GULA: KAJIAN KE ATAS SIKAP DAN PERSEPSI PENGGUNA. https://www.academia.edu/…/PENGURANGAN_SUBSIDI_GULA_KAJIAN_…
4.http://www.macrobusiness.com.au/…/09/great-sugar-conspiracy/
5.https://www.ucsf.edu/…/%E2%80%9Csugar-papers%E2%80%9D-revea…
6.http://www.takepart.com/artic…/2016/…/20/new-nutrition-label
7.http://www.consumer.org.my/…/403-why-sugar-subsidy-should-b…
8.http://www.thestar.com.my/…/2013/10/25/budget-sugar-subsidy/

sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *