TAMAN PERMAINAN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

KAJIAN seorang penyelidik dari Universiti Perubatan di Amsterdam,Evert Verhagen mendapati, taman permainan berperanan penting dalam menentukan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

Ia kerana, kemudahan tersebut mampu membuatkan anak-anak bergerak aktif bersesuaian dengan usia mereka.

“Tempat bermain yang lengkap mampu membuatkan seseorang kanak-kanak itu memotivasikan diri mereka dengan lebih cepat.

“Bagaimanapun, taman permainan tersebut perlulah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan khas yang mampu menjana fikiran setiap kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan jantina mereka,” jelasnya.

Jelasnya sebagai contoh, penyediaan tapak untuk permainan berkumpulan seperti sepak takraw dan bola jaring mampu membuatkan kanak-kanak bersifat lebih berdaya saing, mempertingkatkan kemahiran bersosial dan menjadi lebih fokus.

Bagaimanapun, setiap kemudahan yang disediakan di taman permainan perlu mengambil kira aspek keselamatan dan mampu diakses serta dipantau oleh ibu bapa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *