TAKSUB MEDIA SOSIAL PUNCA INSOMNIA

Kemunculan media sosial merupakan satu fenomena hebat yang tidak dapat lagi disangkal kesannya pada kehidupan seharian individu. Bukan lagi menjadi minat atau hanya sebagai aktiviti mengisi masa lapang, tetapi telah menjadi keperluan bahkan rutin seharian individu tidak kira generasi. Kehadiran telefon bimbit pintar dan tablet telah menyumbang kepada peningkatan penggunaan media sosial yang sangat tinggi.

imsonia2-jpg

Tidak dinafikan penggunaan media sosial memberikan seribu satu kebaikan kepada pengguna terutamanya sebagai platform untuk menyebarkan maklumat dan peluang perniagaan. NAMUN DARI ASPEK KESIHATAN, penggunaan media sosial yang MELAMPAU/TAKSUB/OBSES/LUAR KAWALAN dapat memberikan kesan negatif kepada para pengguna.

INSOMNIA adalah salah satu kesan negatif yang paling jelas untuk dilihat bersama. Ianya ditafsirkan sebagai penyakit di mana seseorang itu susah untuk tidur/tidur tidak lena/sering terjaga yang boleh menyebabkan individu tersebut mengalami keletihan selepas bangun tidur. Penggunaan media sosial di katil sebelum tidur merupakan salah satu punca individu mengalami insomnia.

Menurut kajian di West Virginia University Sleep Centre (2012):

95% Melayan laman web dan guna media sosial sebelum tidur

  9%  Penggunaan teks mesej setiap malam sebelum tidur

40% Menggunakan mesej bersama rakan di katil sebelum tidur

Berdasarkan kajian tersebut, ianya boleh dirungkaikan bahawa kebanyakan individu lebih gemar untuk menggunakan media sosial sebelum tidur atau lebih spesifiknya di atas katil. Ketaksuban melayari media sosial telah menyebabkan individu leka sehingga melangkau waktu tidur mereka yang sepatutnya. Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan individu tersebut susah untuk tidur/insomnia. Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan kesihatan individu secara fizikal dan mental serta membuka ruang pelbagai penyakit lain.

KESAN INDIVIDU MENGALAMI INSOMNIA :-

insomnia2

  • Tenaga kurang
  • Kurang konsentrasi
  • Gangguan emosi
  • Prestasi akademik/kerja menurun
  • Gangguan hormon

insomnia4-jpgSecara kesimpulannya, individu perlu mendisiplinkan diri dalam mengawal penggunaan telefon bimbit untuk melayari laman sosial. Kesannya bukan sahaja individu mengalami insomnia tetapi boleh mengundang penyakit kronik yang lain. Sememangnya media sosial mempunyai pengaruh yang tinggi, namun utamakan kesihatan anda supaya kekal sihat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

INFO TAMBAHAN

Khusus untuk pengguna Iphone, telefon bimbit anda mampu untuk membantu anda lebih mudah tidur dengan penggunaan mode NIGHT SHIFT.  Ianya akan menukar warna paparan kepada warna jingga (seperti dalam gambar di bawah) untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih baik kerana pertukaran warna tersebut memberasangkan individu untuk lebih/mudah tidur semasa menggunakan telefon bimbit.

insomnia5insomnia6

Untuk bacaan lanjut:-

http://www.forbes.com/sites/jvchamary/2016/01/15/apple-ios-night-shift/#13b7c1663b09

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *