TAKSUB DENGAN SUPLEMEN, ROSAK HATI DAN BUAH PINGGANG

Taksub dengan suplemen, seorang pemuda bertarung nyawa kerana rosak hati & buah pinggang.

Muda lagi, umur baru 35tahun, tidak ada apa penyakit pun. Tapi entah kenapa suka sangat ambil pelbagai suplemen. Yang terbaru beliau mengambil jus delima & jus kurma. Banyak lagi lain-lain suplemen katanya. Agaknya penuh almari rumah beliau dengan produk-produk mengarut macam ini. Nak tanya dah tak boleh, kerana beliau sangat tenat.

Semalam dikejarkan ke hospital dan masih bertarung nyawa. KEROSAKAN HATI DAN BUAH PINGGANG yang sangat teruk. Badan kuning, jaundis. Bacaan fungsi hati iaitu Alanine Aminotransferase melebihi 700 IU/L. Bacaan buah pinggang sangat tinggi; urea 25 creatinine 500 umol/L.

Oleh kerana kedua-dua organ penting beliau sudah tidak berfungsi, kadar asid beliau tinggi (lactic acidosis). Jantung beliau menunggu masa sahaja nak berhenti; nadi hanya 45-60 dengan ritma yang tidak stabil. Walaupun dengan sokongan ubatan, tekanan darah beliau tidak boleh naik. Tidak boleh bernafas, terpaksa bergantung kepada sokongan mesin pernafasan.

Maaf ya, keadaan macam ini dah terlambat. Doktor pandai macamana pun, alatan canggih macamana pun- tak boleh nak buat apa-apa. Ubat pun dah tak boleh lut sudah. Kira menunggu masa sahaja.

Cukup-cukuplah. Kami memang berhadapan dengan pesakit sebegini boleh kata setiap hari.

Saya pun tak faham kenapa masih ramai yang DM saya tanya boleh atau tidak nak ambil suplemen itu dan ini.

Fikirkanlah:
1. Perlu atau tidak?
2. Kenapa perlu ambil risiko?

Kami pun trauma berhadapan dengan kes sebegini ya. Kami semua manusia biasa. Ya, ajal maut ketentuan Allah swt. Tapi, yang macam ini, bukan sendiri yang cari nahas ke?

Sebelum menyentuh apa-apa produk mohon berjumpa dengan Doktor. Bincang dulu cara apa nak memantau keadaan kesihatan organ dalaman kalau perlu juga ambil. JANGAN percaya dengan jurujual. Pesakit dah meninggal pun nanti mereka pusing-pusing cakap. Tak kira lah apa jenis supplemen; GoyangLee ke, Gilamaxx, Qu Kuning, Pa**** ke apa-apa lah.

Nasihat kami: nak makan jus kurma atau delima, beli buah itu dan elok balik blend sendiri. Yang jurujual syor di luar sana rasanya mereka campur bahan lain yang boleh memberi kesan-kesan buruk seperti pesakit ini.

Semasa mengemas nak Raya ini, mohon buang sekali semua produk di rumah.

Sedarlah, sebelum terlambat.

Sumber:

Dr Zawawi Nordin & Rafidah Abdullah
Pakar-Pakar Perunding Nefrologi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *