TAKSUB DENGAN SUPLEMEN, ROSAK HATI DAN BUAH PINGGANG

Taksub dengan suplemen, seorang pemuda bertarung nyawa kerana rosak hati & buah pinggang. Muda lagi, umur baru 35tahun, tidak ada apa penyakit pun. Tapi entah kenapa suka sangat ambil pelbagai suplemen. Yang terbaru beliau mengambil jus delima & jus kurma. Banyak lagi lain-lain suplemen katanya. Agaknya penuh almari rumah beliau dengan produk-produk mengarut macam ini….

MENGAMBIL SUPLEMEN MENYIHATKAN ATAU MEMUDARATKAN?

Kebiasaannya pengguna yang makan suplemen ini adalah lebih kepada untuk menjadi cantik berbanding untuk mengekalkan tahap kesihatan. Ada juga yang mengharapkan suplemen dapat memberi kesan menakjubkan ke atas kesihatan mereka dengan mengabaikan pemakanan sihat. Hakikatnya, suplemen hanyalah sebagai pelengkap tambahan kepada makanan dan bukannya sebagai pengganti makanan. Ianya sekadar membantu ke arah tahap kesihatan yang…