AKUPUNKTUR BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

“PAIN relief without drug”. Akupunktur merupakan satu kaedah atau teknik penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsangkan pengaliran Qi iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semula jadi. Ia sama seperti rawatan menggunakan herba, yang bebas daripada penggunaan  dadah.

Ia juga tidak mempunyai  kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan. Individu yang mahu menjalani rawatan perlu memaklumkan kepada doktor keadaan semasa mereka sama ada sedang mengambil  sebarang ubatan atau sedang mengandung.

Walau bagaimanapun, kaedah akupunktur menunjukkan kesan yang lebih positif ke atas penyakit yang melibatkan urat saraf seperti  masalah herot muka, sakit sendi tulang, mata malas atau dipanggil lazy eye, kebas tangan, strok dan juga migrain.

Rawatan Akupunktur

Dengan menggunakan jarum emas, perak atau platinum, ataupun dengan jarum besi tahan karat (stainless steel), seorang pakar akupunktur akan mencucuk tempat-tempat tertentu untuk melegakan dan menyembuhkan penyakit. Terdapat lebih daripada 360 titik di seluruh tubuh yang harus dicucuk.

Setiap titik dinamakan mengikut nama organ di dalam tubuh seperti jantung, hati, paru-paru dan ginjal yang mempunyai kaitan dengan jenis penyakit, walaupun tempat-tempat (titik) yang dicucuk itu nampaknya seperti tiada kena mengena dengan organ tersebut.

Terdapat sembilan jenis jarum . Jarum-jarum berbeza dari segi panjang, lebar, pipih dan ketajaman di bahagian kepala jarum. Ahli-ahli akupunktur memasukkan jarum denga ncara yang berbeza-beza.

Di antara banyak jenis jarum. Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga Qi sebanyak 100 kali ganda kekuatan  berbanding jarum perak. Pada jarum-jarum ini sudah tersedia magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat pada jarum.

Oleh sebab itu, apabila ditusuk pada satu titik khas di badan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas , berat atau bengkak yang dikenali sebagai Deqi. Deqi mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, di mana kesemuanya boleh mengeluarkan kuasa Qi yang secukupnya untuk melegakan atau menyembuhkan sesuatu penyakit.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *