PETUA MENGHINDARI PENYAKIT GOUT

Penyakit gout ialah penyakit salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Petua Menghindari Penyakit Gout

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak.

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.

5. Susu tepung (bukan Anelene, HL atau low fat).

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.

8. Buah delima.

9. Epal hijau 2 biji seminggu.

10. Burung seperti burung puyuh, nuri dan merpati.

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.

12. Garam kasar menggantikan garam halus.

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau spa.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.

15. Makan jintan hitam atau Habbatus Sawda.

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Rawatan Tradisional

1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3.)Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskanya.Minum air rebusan tersebut.Amalkan 2 kali seminggu.

Sumber: http://blogfyna.com/

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *