PERNAH JATUH? TERSELIUH? KALAU LEBAM NAK KENA LETAK AIS,TUAM TUALA PANAS ATAUPUN LETAK MINYAK PANAS?

Ada yang letak ais dan ada juga yang tuam dengan tuala panas ataupun minyak panas. Mana satu yang betul?

Lebam ketika terseliuh ataupun terjatuh adalah disebabkan saluran darah ataupun kapilari yang pecah pada bahagian yang terbabit. Sebagai contoh jika kita jatuh, tangan terkena batu dan lebam. Maksudnya, saluran darah pada bahagian tangan tersebut telah pecah dan menyebabkan darah masuk dan berkumpul dalam tisu yang terlibat. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebam/bengkak.

Cara untuk mengurangkan lebam pada bahagian yang terlibat adalah dengan beberapa cara. Perlu diingatkan bahawa cara ini digunakan apabila berhadapan dengan ‘soft tissue injury’ dan ianya mampu mengurangkan sedikit sebanyak perjalanan darah ke bahagian badan yang terlibat

1) REHAT
Maksud rehat di sini adalah tidak menggunakan anggota badan yang terlibat dengan kecederaan tersebut. Ini kerana pergerakkan anggota yang terlibat akan menambah pergerakkan darah ke kawasan tersebut. Ia boleh menyebabkan bengkak semakin bertambah

2) AIS
Gunakan Ais dan letakkan pada bahagian yang bengkak. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu. Maka, bengkak yang terhasil tidak terlalu teruk.

3) TEKANAN
Gunakan ais tadi dan tekankan pada bahagian yang bengkak. Tekanan pada bahagian yang cedera juga akan menyempitkan saluran darah. Sama seperti kalau kita tekan getah paip, ia akan merencatkan pergerakkan darah ke tempat yang kita tekan

4) TINGGIKAN
Anggota badan itu perlu ditinggikan sedikit daripada aras badan. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat.
Ini merupakan mneumonic yang selalu digunakan untuk merawat pesakit yang baru sahaja mengalami kecederaan tisu ataupun otot. Iaitu RICE.

Bagaimana pula kalau Tuam dengan tuala panas atau guna minyak panas?

Tuala panas atau minyak panas akan mengembangkan saluran darah. Ini menyebabkan darah lebih banyak ke kawasan tersebut dan bengkak menjadi semakin teruk. Sebab tu penggunaan tuala panas adalah sesuatu yang tidak digalakkan apabila jadinya kecederaan seperti ini.

Harap bermanfaat

Sumber: Root of Science

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *