PENAWAR SEMULAJADI BATUK YANG BOLEH DIDAPATI DI DAPUR ANDA

simple-home-remedies

Batuk adalah salah satu masalah kesihatan yang selalu beralku. Apabila terdapat gangguan seperti kerengsaan leher atau sekatan pada laluan udara, otak akan berfikir terdapat bendasing pada leher dan badan anda akan batuk untuk mengeluarkan elemen tersebut. Batuk juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus, selsema dan rokok atau masalah kesihatan  seperti asthma, tuberculosis dan juga kanser paru-paru.

Batuk menyebabkan symptom-symptom seperti gatal kerongkong, sakit dada dan juga lelah. Selain menggunakan ubat batuk di pasaraya farmasi, and juga boleh mencuba rawatan batuk sendiri menggunakan bahan yang tersedia di dapur anda.

1. Kunyit

Herba kunyit mempunyai kesan therapeutic terhadap batuk, terutamanya batuk kering.

  • Panaskan setengah cawan air dan tambah satu sudu the serbuk kunyit, satu sudu the lada hitam dan juga satu sudu teh madu. Anda juga boleh kayu manis. Rebus selama 2-3 minit. MInum setiap hari sehingga pulih.
  • Satu lagi kaedah ialah dengan merebus kunyit and tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan air dan madu dan miinum dua kali sehari.

2. Halia

Halia adalah salah satu penawar batuk yang terkenal

  • Potong halia dengan halus dan tumbuk. Letak dalam secawan air dan rebus. Minum  3-4 kali sehari sehingga tekak anda merasa lega. Anda juga moleh menambah lemon jus dan madu.
  • Satu lagi cara ialah dengan mengunyah halia  mentah sekali sekala secara berterusan

3. Lemon

Lemon boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk merawat batuk. Ia mempunyai bahan yang dapat mengurangkan kerengsaan dan juga Vitamin C yang dapat melawan penyakit.

  • Ubat batuk boleh dibuat dengan mencampurkan dua sudu jus lemon dan satu sudu madu kedalam secawan air panas. Minum air beberapa kali sehari.
  • Cara lain ialah dengan mencampurkan lada cayenne.

4. Bawang putih

Bawang putih adalah antibakteria dan antimikrobia yang dapat membantu melegakan batuk.

  • Rebus dua atau tiga ulas bawang putih dan tambah sesudu oregano. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik, tambah sedikit madu dan minum. Ia membantu pernafasan dan simptom batuk yang lain.
  • Makan bawang putih hancur bersama minyak kayu manis dan sedikit madu untuk melegakan sakit tekak.

5. Susu panas bersama madu

Susu panas yang dicampur madu melegakan batuk kering dan mengurangkan sakit dada akibat batuk yang berterusan. Untuk kesan yang lebih baik, minum sebelum tidur. Meminum sesudu madu semasa perut kosong dapat mengurang kahak dan melegakan tekak.

6. Karot

Buat jus karot dari 3-4 batang karot dan campur air untuk mencairkannnya. Untuk menambah rasa, tambah sesudu madu. Minum madu tiga – empat kali untuk mengurangkan batuk.

7. Anggur

Anggur mempunyai khasiat expektoran,yang dapat membantu menyenangkan pernafasan, menghilang mukus dari sistem pernafasan. Lagi cepat anda menghilangkan mukus, lagi cepat anda dapat menghentikan batuk. Anda hanya cuma perlu makan anggur atau membua jus minuman.

sumber: http://www.top10homeremedies.com/home-remedies/home-remedies-for-cough.html

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *