MENGAPA PERUT BERBUNYI APABILA LAPAR?

Istilah teknikalnya ialah ‘borborygmus dan ia bunyi perut kerana usus kecil anda mengecut. Ia berlaku secara berterusan, sebagai sebahagian proses penghadaman yang normal – perut ‘mencerut’  bagi mencampurkan makanan yang dimakan dengan jus gastrik. Manakala usus kecil berkontraksi bagi menggerakkan makanan yang sedang dihadamkan itu. Apabila perut anda kosong, borborygmus menjadi lebih kuat kerana ia hanya ‘memicit’ angin sehingga menimbulkan resonan bunyi.

Selain itu pada masa sama, berlaku juga kontraksi gelombang yang dipanggil ‘migrating myoelectric complex’ di antara perut dengan usus kecil. Lazimnya terjadi sekitar satu jam hingga 90 minit selepas makan. Ia direka bentuk sedemikian bagi menyapu bersih makanan yang mungkin tertinggal (seperti tulang dan biji).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *