MENGAMBIL SUPLEMEN MENYIHATKAN ATAU MEMUDARATKAN?

Kebiasaannya pengguna yang makan suplemen ini adalah lebih kepada untuk menjadi cantik berbanding untuk mengekalkan tahap kesihatan. Ada juga yang mengharapkan suplemen dapat memberi kesan menakjubkan ke atas kesihatan mereka dengan mengabaikan pemakanan sihat.

Hakikatnya, suplemen hanyalah sebagai pelengkap tambahan kepada makanan dan bukannya sebagai pengganti makanan. Ianya sekadar membantu ke arah tahap kesihatan yang lebih optimum.

Semakin meningkat usia seseorang maka semakin terdedah kepada pelbagai risiko penyakit berbahaya. Dengan mengamalkan suplemen tertentu, tahap kesihatan dapat dikekalkan terutamanya anda yang telah didiagnosis dengan penyakit tertentu. Bagi kes yang melibatkan organ dalaman seperti buah pinggang dan hati, pengguna boleh mendapat kesan-kesan sampingan sekiranya memakan suplemen dalam dos yang terlalu tinggi. Jadi, penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *