MANFAAT MAKAN KUACI

Siapa yang tidak mengetahui kuaci? Hampir semua pernah makan bukan? Walaupun bentuknya kecil, namun banyak nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita. Bahan-bahan yang ada di dalam kuaci mampu melawan kanser, memperbaiki dan mencegah penyakit kardiovaskular, hipertensi, dan menurunkan kadar kolesterol.

Kuaci berasal dari biji tanaman bunga matahari. Tanaman yang berasal dari Mexico dan Peru ini kemudian tersebar sejak tahun 1700 ke banyak negara. Tanaman bunga tersebut kemudian ditanam secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat.

Mulanya tanaman bunga matahari ditanam sebagai tanaman hias. Kemudian bijinya dimanfaatkan sebagai kuaci dan sumber minyak untuk produk kosmetik.

Kuaci merupakan sumber lemak sihat hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu (asid linoleat) dan (asid oleik), jenis lemak yang melindungi jantung. Kajian klinikal menunjukkan, makanan tinggi lemak tidak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, kerana meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).

Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E; satu perempat cawan biji bunga matahari memberikan 90,5% daripada keperluan harian vitamin E. Vitamin E adalah antioksidan dan anti radang; mengurangkan gejala asma, osteoartritis dan Rematoid arthritis, yang utamanya dipengaruhi oleh radikal bebas dan radang. Kandungan vitamin E yang cukup dapat mengurangkan risiko pada pembuluh darah dan kanser. Juga dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan rasa panas (hot flush) yang dialami wanita menopause dan komplikasi diabetes. Selain itu, kuaci juga banyak mengandung mineral bermanfaat; seperti fosfor (705-755 mg/l00 g), kalium (648-689 mg/100 g), kalsium (54-116 mg/100 g), natrium (3-99 mg / 100 g), besi (6,77-7,28 mg/100 g), dan tembaga (0,69-1,75 mg/100 g).

Mineral kalsium dan fosforus sangat penting peranannya dalam pembentukan tulang dan gigi, sehingga bermanfaat untuk mencegah osteoporosis. Kewujudan mineral kalium sangat penting untuk mengimbangi natrium. Kalium bersifat hipotensif, iaitu mempunyai kesan penurunan tekanan darah.

Nutrisi yang tidak kurang pentingnya dalam kuaci bunga matahari adalah fitosterol, salah satu fitokimia. Jika diambil dalam jumlah yang mencukupi, terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyihatkan jantung, meningkatkan  imun dan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. Sebuah kajian menunjukkan, dari 27 kacang-kacangan dan biji-bijian yang paling sering digunakan di AS, biji bunga matahari dan pistachio mempunyai fitosterol tertinggi (270-289 mg/100 gr).

Biji bunga matahari juga kaya dengan folat (sangat baik bagi ibu hamil) dan pelbagai mineral seperti magnesium, selenium, tembaga, zink, kalsium, dan zat besi.

Sunbutter merupakan mentega dari biji bunga matahari yang boleh digunakan untuk memasak dan membuat salad. Pembuatan produk dari biji bunga itu telah dilakukan di China, Rusia, Eropah, dan juga Amerika Syarikat. Ketika ini biji bunga matahari banyak diolah menjadi minyak. Kelebihan minyak biji bunga matahari berbanding dengan minyak zaitun adalah minyak biji bunga matahari mempunyai asid oleik (omega-9) yang lebih tinggi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *