LASIK – RAWATAN PANTAS HILANGKAN RABUN

Perkembangan teknologi sejak 1950-an telah membawa kepada penemuan rawatan laser-assisted in situ keratomileusis (Lasik) yang semakin berkembang setiap tahun, daripada penggunaan pisau kepada penggunaan laser sepenuhnya. Terkini, femtosecond VisuMax merupakan satu prosedur lasik bagi mengatasi masalah kerabunan. Ia membantu pesakit melihat dunia dengan lebih jelas dalam masa yang singkat dan paling penting ia tidak menyakitkan.

Menurut Prof. Dr. Muhaya Mohammad, Pengarah Pusat Mata dan Lasik Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), pembedahan lasik kini merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan. Ia menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas, kurang komplikasi serta kesan sampingan yan gsangat rendah berbanding pembedahan lasik lain. Ia adalah satu kaedah di mana rawatan laser dilakukan ke atas kornea untuk mengubah bentuk kornea bagi membolehkan imej di fokus dengan baik di atas retina.

Penghasilan flap kornea dengan VisuMax (teknologi memulihkan penglihatan mata) akan mengambil masa sekitar 30 saat untuk sebelah mata. Manakala prosedur Lasik (pembentukan semula kornea) boleh mengambil masa sehingga lima minit untuk sebelah mata. Secara keseluruhan, dalam masa 20 minit semuanya selesai dengan penih keselesaan.

Ubat titisan kebas akan dititikkan di mata sebelum pesakit dibawa masuk ke bilik pembedahan. Di sana, pesakit dibaringkan di atas katil yang boleh diputarkan di antara dua mesin besar VisuMax dan Mel 80. Kemudian sekali lagi ubat titis dititiskan mengikut keadaan dan bola mata akan dibersihkan dengan (disinfeksi) bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Melalui kaedah terbaru ini, prosedur lasik yang dijalankan tidak menyakitkan pesakit kerana ia sama seperti prosedur memakai kanta lekap.

Kaedah lasik ini mempunyai keberkesanan yan gsangat tinggi untuk memulihkan masalah penglihatan. Pada kebiasaannya, pesakit akan dapat melihat (dengan lebih baik) sebaik sahaja prosedur selesai dijalankan. Namun tempoh penglihatan akan bertambah baik selepas 4 jam dan akan dibenarkan pulang sejurus selepas tempoh ini.

Menyentuh mengenai pesakit yang bekerja, pembedahan ini juga tidak akan memerlukan mereka bercuti sakit berhari-hari lamanya. Tempoh selepas 24 jam sahaja diperuntukkan untuk seorang pesakit untuk memulakan semual tugasan harian. Namun pesakit perlulah selalu meletakkan ubat ke dalam mata sekurang-kurangnya selama satu minggu. Pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan susulan seminggu, sebulan, tiga bulan, enam bulan da nsetahun selepas menjalani Lasik bagi memantau perkembangan mata dan tahap penglihatan.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *