KENALI URIN ANDA

Urin atau air kencing diibaratkan seperti jendela kesihatan manusia. Ia bukan sahaja menggambarkan makanan yang dimakan dan jumlah air yang diminum, bahkan berupaya menggambarkan penyakit yang dihadapi. Sebarang perubahan warna atau bau yang ditunjukkan oleh urin adalah petanda wujudnya gangguan kesihatan dalam tubuh individu.

Warna urin yang normal adalah kuning hingga kuning pekat dan ia boleh berubah mengikut makanan dan ubat-ubatan yang diambil. Pakar Urologi Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Dr. Thomas Griebling dan Dr. Anthony Smith menyatakan urin berdarah dan berwarna agak gelap adalah tanda berlaku infeksi dalam tubuh. Urin yang berbau kuat pula menandakan simptom penyakit buah pinggang. Manakala bau man is yang terwap pada urin merupakan petanda diabetes.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *