KELEBIHAN MANDI – TERAPI AIR UNTUK KESIHATAN

Ia boleh mengurang atau mengelakkan tekanan dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selesema, hidung berdarah, sembelit dan kekurangan tidur.

Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah celcius akan membuka ruang pada liang kulit yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot.

Menurut kajian saintis dari Jepun, berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung terutama lelaki.

Kajian dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati, berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap kencing manis. Ini kerana, tindakan itu dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13 peratus.

Mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *