KANSER OVARI

Tanda-tanda awal

Kebanyakan pesakit tidak mempunyai gejala yang khusus dan ia biasanya dilihat setelah penyakit mulai teruk. Namun tanda-tanda biasa yang ada:

  • Rasa sakit/ketidakselesaan atau bengkak pada bahagian abdomen/pelvis
  • Pendarahan dari vagina/haid yang tidak menentu
  • Hilang berat badan yang signifikan
  • Hilang selera makan/merasa perut cepat penuh apabila makan/rasa loya dan pesakit juga mungkin mengalami muntah
  • Sesak nafas akibat perut kembung
  • Pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk baring secara mendatar
  • Sukar membuang air kecil dan juga air besar
  • Mengalami sakit di bahagian belakang tubuh
  • Kelesuan

Punca-punca

Keturunan

5 hingga 10 peratus boleh diwarisi secara keturunan. Selalunya wanita yang mempunyai sejarah keluarga terdekat (first degree) menghidapi kanser ovari atau payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapinya.

Pengambilan ubat subur

Wanita yang mengamalkan pengambilan clomiphene citrate selama lebih 12 bulan juga mampu meningkatkan risiko dua hingga tiga kali untuk mendapat penyakit ini.

Faktor persekitaran

Pengambilan makanan berlemak tinggi, pendedahan sinar radiasi (masih belum ada bukti saintifik yang kukuh)

Faktor lain

Obesiti, mencapai akil baligh lewat, lewat menopaus, tidak pernh/kurang kehamilan atau hamil pada usia lewat turut meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit ini.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *