IMPAK PENYAKIT JANGKITAN PERNAFASAN

1. Adakah selesema juga mengganggu pernafasan?

Benar. Selesema disebabkan jangkitan virus pada system respiratori (saluran pernafasan) merupakan gangguan kesihatan yang lazim berlaku. Apabila seseorang diserang selesema ia akan melemahkan system pertahanan badan.

2. Jumlah virus yang menyebabkan seseorang itu mengalami selesema?

Ada 200 virus boleh menyebabkan seseorang itu selesema. Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Selain itu ia juga merebak melalui udara.

3. Tempoh serangan selesema dalam setahun?

Secara puratanya orang dewasa akan mengalami serangan selesema empat kali dalam setahun. Manakala bagi kanak-kanak pula sehingga 12 kali setahun.

4. Influenza A (H1N1) juga merupakan jangkitan pada pernafasan?

Benar. H1N1 disebarkan oleh virus influenza A dan berjangkit pada aluran pernafasan. Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetic virus influenza babi, burung dan juga manusia.

5. Negara terawal mendapat virus influenza A (H1N1)?

Maklumat yang dicatatkan pada masa ini menunjukkan bahawa Negara terawal yang dijangkiti virus ini ialah Mexico dan Amerika Syarikat. Virus tersebut menular pada tahun 2009 dan terus merebak ke negara-negara lain.

6. Berapa lama virus influenza boleh bertahan di atas permukaan sesuatu objek seperti tombol pintu?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan sesuatu objek dan boleh menjangkiti orang lain antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *