HUKUM PEMINDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH BERLAINAN AGAMA
Assalamualaikum. Baru-baru ini ada kempen derma darah. Saya ada sedikit musykil penderma tak kira bangsa. Macam mana seandainya darah penderma ialah berbangsa cina sedangkan penerima adalah orang islam? Sedangkan penderma memakan makanan yang tidak halal dan sudah menjadi darah dan daging. Bagaimana hukumnya?
JAWAPAN
Waalaikumsalam
- Dibenarkan kerana pendermaan darah termasuk dalam kategori darurat.
- Para ulama telah berbincang panjang lebar berkenaan isu ini.
- Lihat buku kami yang bertajuk Pemindahan dan Pendermaan Organ untuk huraian lanjut.
Wallahua?lam
Sumber: http://www.muftiwp.gov.my