EMPAT MAKANAN YANG MAMPU CEGAH STROK

Kolesterol jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) berperanan besar dalam meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Bahkan, menurut Persatuan Jantung Amerika Syarikat, kadar LDL memberikan kesan lebih teruk kepada tubuh jika dibandingkan dengan kadar kolesterol secara keseluruhan. Kadar LDL yang optimum adalah bawah 100 miligram per desiliter. Bagi memastikan kadarnya tetap di bawah paras tersebut, seseorang perlu mengamalkan aktiviti fizikal secara teratur.

Selain itu, ia juga boleh diperolehi dengan menerapkan pola pemakanan yang sihat. Empat makanan yang dikatakan mampu menurunkan kadar LDL dengan cepat ialah bawang putih, kacang, ikan dan makanan kaya serat seperti bijirin oat. Bawang putih dapat mencegah pengerasan arteri berpunca daripada pembentukan plak ekoran peningkatan penentangan terhadap proses pengoksidaan LDL.

Kekacang dan ikan pula mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan kardiovaskular manakala makanan kaya serat berupaya mengikat kolesterol secara efektif dan mengeluarkannya melalui sistem pencernaan sebelum ia masuk ke saluran darah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *