DEMAM ‘UNTUNGKAN’ TUBUH

Tubuh terasa lemah dan panas, kepala terasa berat malah makanan kegemaran yang sedap pun terasa pahit. Namun hakikatnya disebalik kesakitan yang dialami itu, ramai tidak tahu bahawa ia membawa keuntungan yang sangat besar terhadap tubuh!

Memetik kata bapa perubatan moden, Hippocrates. “Give me a fever, and I can cure any illness”. Jelas di sini beliau cuba menerangkan demam adalah penting dalam mencegah terjadinya pelbagai penyakit. Malah pakar mikrobiologi Perancis, Dr. Andre Lwoff dalam kajiannya pernah menyatakan jangan sesekali hentikan demam kerana demam adalah penawar kepada pelbagai penyakit!

Barangkali ada suatu perkara lagi yang anda mungkin tidak pernah dengar adalah ‘mencipta’ demam bagi mencegah penyakit kronik. Christopher Vasey dalam bukunya bertajuk The Healing Power of Fever menerangkan hal tersebut. Hal ini disokong pakar  kanser Eropah, Dr. Josef Issels, yang menyatakan ‘demam buatan’ mempunyai potensi besar dalam rawatan pelbagai penyakit, termasuk kanser. Jelas..hebat bukan kuasa demam?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *