CARDIO PULMONARY RESUSCITATION (CPR)

Apabila menyebut mengenai bantuan CPR, ramai di luar sana menolak untuk melakukannya kerana khuatir akan risiko yang bakal dialami. ditambah dengan keperluan membuat pernafasan dari mulut ke mulut, menyebabkan lebih ramai yang mengambil langkah membiarkan sahaja individu yang memerlukan bantun sambil menunggu bantuan perubatan muncul. Walhal, jika anda memberi bantuan CPR kepada mangsa, mereka masih mempunyai peluang yang tinggi untuk kembali bernafas.

Manusia memerlukan tiga asas utama untuk meneruskan kehidupan. Yang pertama, saluran pernafasan yang terbuka; kedua, paru-paru yang berfungsi lalu membenarkan peresapan oksigen dari atmosfera ke salur darah (kapilari); dan ketiga, jantung yang mengepam darah ke seluruh badan.

Jika jantung dan paru-paru mula hilang fungsinya, maka manusia akan mati. Oleh sebab itu, apabila berlaku situasi ini, bantuan CPR perlu dilakukan sebelum bantuan perubatan tiba.

CPR ini hanya perlu dibuat apabila mangsa berhenti bernafas dan jantung mula berhenti berdenyut. Anda boleh memeriksa mangsa dengan melihat pergerakan dadanya dan tanda-tanda kehidupan yang ada padanya. Namun begitu, CPR tidak sepatutnya dilakukan kepada mangsa yang pitam,pengsan,hipoglisemia (rendah gula dalam darah), angin ahmar (strok) dan sebagainya selagi mereka masih bernafas dan jantung masih berdenyut.

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *