BOLEH KE WANITA HAMIL BERSENAM?

pregnancy-jogging-exercise

Ramai wanita hamil risau untuk melakukan senaman kerana bimbang ia memberi kesan buruk pada bayi yang dikandung. Namun begitu, senaman semasa hamil sebenarnya penting, tetapi pada masa yang sama anda juga perlu mengambil langkah berhati-hati.

1. Senaman yang bagaimana yang kurang disyorkan kepada wanita hamil?

  • Berjalan, berbasikal, berenang dan yoga

Perubahan yang banyak berlaku semasa hamil mampu mendedahkan kepada wanita ini risiko yang tinggi untuk cedera. Ligamen menjadi semankin lembut, perut pula semakin membesar dan pusat graviti beralih ke depan dan pertambahan.

2. Berapa keras anda perlu bersenam semasa hamil?

  • Sederhana – kadar degupan jantung anda tidak seharusnya melebihi 140 degupan per minit

Kekalkan intensiti yang sederhana. Pastikan anda menjaga kadar degupan jantung di bawah 140 degupan per minit. Jika anda melakukan senaman dalam air, jaga degupan jantung anda di bawah 125 dan sentiasalah awasi kadar degupan jantung anda.

3. Berapa kali seminggu anda perlu senaman?

  • Tiga hingga empat kali seminggu

Anda harus menumpukan tiga hingga empat sesi senaman seminggu dengan sekurang-kurangnya mempunyai dua hari bagi anda rehat dengan secukupnya.

4. Mengapa wanita hamil dilarang melakukan aktiviti sauna, spa dan juga perbuatan yang menyebabkan berpeluh dengan banyak?

  • Suhu yang tinggi boleh membahayakan perkembangan bayi

Seorang wanita menjana lebih banyak haba ketika sedang hamil berbanding keadaan biasa (tidak hamil). Ini adalah kerana organ dalam badan perlu bekerja lebih disebabkan kehadiran bayi dan juga plasenta. Peningkatan suhu badan melebihi 38º Celcius juga berkait rapat dengan peningkatan risiko kepada kesihatan bayi.

5. Selepas bulan keempat, mengapa anda harus mengelakkan senaman yang melibatkan anda baring di atas belakang anda?

  • Berat bayi dan rahim anda boleh memampatkan arteri utama anda

Aorta adalah arteri yang terbesar di mana ia berhubung ke jantung dan mengangkut darah yang beroksigen ke ventrikel kiri. Aorta akan mengalir di sepanjang torso (batang tubuh) anda. Berat bayi dan rahim semasa bulan keempat akan bertambah dan ia menyebabkan aorta menjadi mampat dan seterusnya melambatkan aliran darah dalam badan.

6. Apa yang perlu anda lakukan jika marasa tidak selesa melakukan senaman pada hari tertentu?

  • Ikut kemampuan badan anda dan bertenang

Amat penting bagi wanita hamil untuk mengikut ritma tubuh mereka. Jika anda memaksa diri melakukan senaman walaupun dalam keadaan yang tidak selesa, anda mungkin akan membazirkan tenaga yang disimpan. Anda berada dalam landasan yang betul sekiranya melakukan senaman lebih kurang empat kali dalam seminggu.

Video Senaman untuk wanita hamil:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *