BERHENTI MEROKOK : VAPING BUKAN CARANYA

Lupakan saja niat untuk berhenti merokok, jika anda memilih vaping sebagai cara mengurangkan ketagihan, sebagaimana yang diuar-uarkan oleh pencinta vape.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Lancet Respiratory Medicine pada 14 Januari lalu, rokok elektronik mampu menurunkan keupayaan untuk berhenti merokok sehingga 28 peratus! Kajian dilakukan sekumpulan penyelidik diketuai Profesor Stanton Glantz dari Pusat Penyelidikan, Pendidikan dan Pengendalian Tembakau Universiti California, San Francisco.

Katanya: “Rokok elektronik dipromosikan sebagai sarana yang lebih ‘sihat’ untuk berhenti merokok, tetapi kenyataannya, rokok elektronik benar-benar memiliki efek sebaliknya.”

Sebelum itu, pada tahun 2015, US Preventive Services Task Force menyimpulkan tidak ada bukti yang cukup yang mencadangkan rokok elektronik untuk membantu orang dewasa berhenti merokok.

Dr. Norman Edelman, penasihat ilmiah senior untuk American Lung Association mengatakan, rokok elektronik cenderung mengganggu usaha untuk berhenti merokok.

“Rokok elektronik membuat perokok ketagih dengan mendorong mereka untuk menghisap rokok elektronik di mana saja termasuk di tempat-tempat yang dilarang merokok.” kata cliff Douglas, Pengarah Amrican Cancer Society Tobacco Control Center.

Pendapat yang sama diutarakan oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Disember lalu. MAKNA menyebut, hujah bahawa menyedut rokok vape sebagai alternatif berhenti merokok tidak meyakinkan dan tidak relevan kerana terdapat beberapa program yang diuji terbukti berjaya sejak lebih satu dekad.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *