7 KESAN MINUM AIR PUTIH KETIKA PERUT KOSONG YANG RAMAI TIDAK TAHU

Berikut adalah 7 kebaikan minum air putih ketika perut kosong yang ramai tidak tahu.
 
1. Buang racun dalam tubuh
Ketika kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar. Jika minum pada waktu malam tubuh akan memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh. Kalau minum air putih pada waktu pagi  dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar. Minum banyak air putih dapat membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.
 
2. Meningkatkan metabolisme
Minum air putih ketika perut kosong dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi dapat membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.
 
3. Jadikan tubuh tetap langsing
Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan dapat dikontrol. Sehingga tubuh kelihatan langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebihan.
 
4. Elak gangguan pencernaan
Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asid di dalam perut. Ketika minum air putih pada waktu pagi, kadar asid berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun dapat diatasi.
 
5. Kulit lebih cantik
Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya keriput dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan kondisi perut kosong setiap pagi dapat melancarkan aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih cerah dan cantik. Minum air putih sepanjang hari secara berkala dapat membantu tubuh mengeluarkan racun.
 
6. Cegah batu ginjal
Minum air putih setelah bangun tidur dapat membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin susah penyakit dan racun nak datang dekat!
 
7. Perbaiki sistem imun tubuh
Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu menjaga sistem limfatik. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan menghindari tubuh dari terinfeksi pelbagai penyakit.
 
Untuk mendapatkan manfaat dan efek yang maksimal dari air putih, Anda cuba ikuti step mudah ini.
1. Minum 4 gelas air putih setiap pagi yang berisi 160ml ketika perut kosong.
2. Jangan ambil setiap makanan selama 45minit.
3. Minum air putih minimum 30minit sebelum makan, tapi jangan minum air dalam waktu 2 jam setelah sarapan, makan siang dan makan malam.
 
* Jika masih sukar untuk minum 650ml air putih setiap pagi, amalkan dengan 1 gelas air dahulu.
 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *