5 MINUMAN UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Penyakit jantung merupakan pembunuh senyap di kalangan wanita bukan hanya pada lelaki. Namun ia sering kali dianggap penyakit kaum lelaki kerana mereka mendapat penyakit ini 10 tahun lebih awal berbanding wanita. Ini kerana wanita memiliki tahap estrogen yang tinggi (sebelum menopaus).

Biarpun begitu penyakit ini sebenarnya boleh dicegah melalui senaman yang teratur dan pemakanan seimbang. Di samping itu, ketahuilah apa yang diminum juga boleh memberikan perbezaan. Di bawah adalah beberapa jenis minuman yang disarankan dapat membantu menjaga kesihatan jantung.

KOPI

Kopi memiliki aktiviti antioksidan lebih tinggi berbanding koko atau teh. Mengambil kopi dalam jumlah yang tepat dapat menghambat peradangan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Mengikut kajian jangka panjang dan berskala besar yang melibatkan lebih dari 83,000 wanita menunjukkan minum dua cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena strok 20 peratus lebih rendah berbanding mereka minum sedikit atau tidak sama sekali.

 JUS DELIMA

Kapasiti antioksidan jus delima tiga kali ganda lebih tinggi berbanding anggur merah dan teh hijau. Bahkan penilitian awal menunjukkan, konsumsi rutin jus buah delima dapat menurunkan kolestrol, mengurangkan plak arteri (factor risiko untuk penyakit jantung) dan meningkatkan aliran darah ke jantung.

ANGGUR MERAH

Ia mengandungi banyak bahan yang dapat melindungi kesihatan jantung. Antaranya termasuk resveratrol. Resveratrol memiliki sifat antioksidan yang dapat melindungi pembuluh darah di jantung serta mencegah pembentukan penggumpalan darah. Ia juga dapat meningkatkan HDL (kolestrol baik)

TEH HITAM

Teh hitam dihasilkan melalui proses fermentasi setelah daun dijemur lalu dikeringkan. Pengolahan ini mengubah komposisi kimia dari daun, sehingga menghasilkan beberapa antioksidan kuat yang membantu menyokong kesihatan jantung. Ia terbukti dapat mengurangkan risiko strok, mengurangkan LDL (kolestrol jahat), memperbaiki fungsi pembuluh darah dan meningkatkan aliran darah dalam arteri  koroner. Semakin lama anda mencelup teh, semakin besar manfaat fitokimia yang diperolehi.

TEH HIJAU

Seperti teh hitam, teh hijau mengandungi banyak antioksidan yang baik untuk jantung. Perbezaan utama adalah teh hijau tidak di fermentasi. Hasil kajian, minum teh hijau dalam jumlah yang banyak dapat mencegah risiko penyakit arteri koronari. Ada banyak penelitian yang menghubungkan konsumsi teh hijau dengan tahap kolesterol yang rendah, pencegahan pembekuan darah dan strok.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *