10 TIPS MUDAH UNTUK MENCEGAH KEDUTAN MUKA

Apabila semakin bertambah usia kita, kulit kita akan semakin mudah untuk hilang kelembapan dan keanjalannya. Hal ini juga boleh membawa kepada terjadinya masalah-masalah kedutan pada kulit dan wajah . Jangan khuatir dan risau, ini kerana Pakar kulit mempunyai cara-cara untuk mengatasi perbentukan garis-garis pada kulit muka anda. Biasanya, mereka akan memperkenalkan face mask, krim dan sebagainya. Tetapi, untuk pengetahuan anda cara semulajadilah yang paling terbaik untuk dilakukan. Mari admin kongsikan 10 Tips Mudah Untuk Mencegah Kedutan Muka

1. Jangan Selalu Banyak Beri Alasan

Kebanyakan orang akan sering menyalahkan benda-benda lain, yang dimana ianya membuatkan kulit mereka berkedut, antara contohnya, mereka menyalahkan masalah genetik dan sebagainya. Mereka ini sering kali akan  mengatakan bahawa tiada cara untuk mengelakkan berlakunya  proses penuaan dan kedutan pada kulit muka , adalah kerana faktor genetik. Akan tetapi, menurut satu kajian, masalah genetik hanya mempengaruhi proses penuaan seseorang itu sebanyak 30% sahaja, manakala 70% lagi adalah bergantung kepada gaya hidup seseorang individu itu.

2. Lindungi Kulit Daripada Cahaya Matahari

Apabila kita sudah semakin tua, gen-gen yang dulunya mengawal penghasilan dan kekuatan kolagen akan menjadi semakin lemah. Inilah yang  menyebabkan berlakunya perbentukan kedutan pda muka. Satu kajian telah dibuat dan mendapati bahawa kulit yang tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari akan mempunyai hanya 3,800 mutasi genetik, manakala bagi yang selalu terdedah pula akan mempunyai 10,000 mutasi genetik.

3. Ambil Antioksida

Apabila sinaran daripada UV telah diserap masuk ke dalam kulit, ianya akan menghasilkan radikal bebas, yang dimana boleh merosakkan struktur sel, oleh itu ianya lantas membawa terjadinya kedutan kulit. Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan dan dinasihatkan untuk mengambil (makan atau minum) daripada sesuatu yang mengandungi banyak antioksida seperti teh hijau, buah delima dan sebagainya. Selain itu,  sebagai tambahan gunakanlah  krim pencegah sinaran UV semasa anda hendak keluar rumah.

4. Sapu Kulit Muka Anda Dengan Minyak Omega-3

Minyak yang mempunyai omega-3 adalah seperti minyak egg oil , milk cream dan almond amat sesuai kerana ianya boleh memperbaiki sel-sel di dalam kulit.

5. Basuhlah Muka Dengan Air Sejuk

Basuhlah muka anda dengan air yang sejuk sebaik sahaja anda bangun daripada tidur. ini kerana air sejuk boleh meransang peredaran darah dan membran kulit anda. Seeloknya, anda berkumur sambil semasa membasuh muka, ianya adalah untuk membuat tegangan kulit.

6. Kerapkan Diri Berkaca Mata Hitam

Cermin mata hitam bukan sahaja boleh untuk melindungi kulit sekitar mata anda, akan tetapi ianya juga boleh mengelakkan daripada squinting, yang dimana turut menyumbangkan kepada masalah kedutan pada muka.

7. Tidurlah Secara Baring

Walaupun ianya tidaklah menyumbang dengan banyak, akan tetapi dengan tidur secara berbaring juga boleh mengelakkan daripada sleep lines, yang dimana boleh menyebabkan kedutan.

8. Berhentilah Merokok

Bagi perokok tegar, mereka mempunyai 5 kali ganda lebih cenderung untuk mendapat kedutan di muka. Amalan suka merokok boleh merosakkan kolagen pada kulit anda. Lantas ianya akan membawa kepada masalah kulit berkedut.

9. Kawal Ekspresi Muka Anda

Bagi  orang yang cepat atau kerap marah ini akan membuatkan tekanan pada kulit muka anda dan ianya akan membawa kepada masalah kedutan pada masa hadapan. Antara ekspresi-ekspresi yang lain adalah seperti mengangkat kening, berkerut dahi dan squinting.

Manakala, jika anda kerapkan bersenyum dan sellau ketawa, ianya  boleh mengelakkan daripada berlakunya  kedutan muka.

10. Bergembira dan Berbahagia

Menurut satu kajian yang telah dilakukan ke atas dua kembar wanita dan mereka telah mendapati bahawa kembar yang telah bercerai kelihatan lebih tua berbanding kembarnya yang bahagia. Ianya memberikan satu pencerahan bahawa orang yang sentiasa hidup bahagia boleh melambatkan proses penuaan.

Tips Tambahan

Banyakkanlah minum air, kerana ianya boleh mengekalkan kulit anda hidrat.

Itulah antara tips yang boleh anada lakukan untuk mencegah kedutan pada muka anda selain menggunakan bahan kimia. Semoga bermanfaat.

Sumber: panduansaya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *