10 PERKARA INI YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEKIRANYA ANAK TERKENA CHICKENPOX
Demam chickenpox ni sangat menyeksakan. Seluruh badan akan naik bintik bintik merah yang akan menjadi lepuh air. Kalau tak berpantang makan atau tidak berterusan mengambil ubat akan menyebabkan penyakit ini lambat baik. Jadi, sekiranya anak anda sedang mengalami chickenpox, ada 10 perkara yang anda harus lakukan.. Jom baca kat bawah ni :
1)Pergi klinik
Perkara penting yang harus dilakukan ialah pergi ke klinik dengan segera. Dapat tahu sahaja anak terkena chickenpox, cepat-cepat bawa berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan.
2)Air kelapa
Air kelapa membantu merawat chickenpox. Selain minum, amalkan mandi dengan air kelapa.
3) Asingkan anak dengan orang lain
Ya, jangan dekatkan anak dengan orang lain. Chickenpox boleh berjangkit. Sebaiknya, biarlah ibu merawat anak yang terkena chickenpox ini sampai pulih.
4)Losyen calamine
losyen calamine kebiasaannya akan diberi oleh doctor dan jangan lupa untuk sapu losyen ini pada bahagian badan anak untuk mengurangkan rasa gatal.
5)Paracetamol
jika badan anak terlalu panas, pastikan anak diberi sirap paracetamol untuk mengurangkan suhu demamnya dari mencecah hingga 39 darjah celcius
6)Biarkan badan anak tanpa baju
Kalau boleh jangan pakai pakaian yang panas dan boleh menyebabkan anak berpeluh. Peluh dan chickenpox akan membuatkan badan anak jadi lebih gatal.
7)Air masak
Anak harus minum air masak yang banyak dan pastikan makan makanan berkuah seperti sup, jus buah atau yogurt.
8) Susu ibu
Bagi bayi yang berusia enam bulan ke bawah, susu ibu adalah ubat terbaik untuk merawat sakit anak.
9) Jangan makan makanan laut
Elakkan. Makanan laut sangat berbisa untuk sesiapa yang terkena Chicken pox. Jangan bagi makan makanan laut selagi chicken pox tidak pulih sepenuhnya.
10) Vitamin E
Sesiapa yang terkena chickenpox akan mengalami masalah aprut di badan. Tapi jangan risau, anda boleh keluarkan cairan kapsul Vitamin E dan lumur pada parut anak. Bukan itu sahaja, minyak tea tree juga berkesan pada kesan parut.
sumber: http://www.majalahpama.my/